Saturday, 22 November 2014

Life is awesome

Blog ni objektif asal sebenarnya adalah untuk memperlihatkan karya-karya fotografi aku yang tak lah lawa mana pun, saje mengada-ngada nak tunjuk. Cuma masa awal-awal tu, nampak objektif macam dah lari sebab entry masa mula-mula banyak pasal chord guitar buatan sendiri. Entry pasal chord guitar ni banyak menyumbang ke jumlah visitors ke blog aku kerana boleh cakap semua chord guitar dalam blog ni dibuat sebab masa mula-mula tu bila aku cari dekat internet chord guitar yang aku nak memang takde, aku pun buatlah sendiri dan letak kan dalam blog ni. Jadi, orang lain yang carik chord guitar yang sama pun memang akan landing ke page aku, takde source lain dah. Bila tengok objektif blog dah lari, aku pun melarikan lagi objektif dia dari fotografi blog kepada general blog. Apa-apa yang aku rasa nak kongsi, aku buat entri, tak fokus dah dekat fotografi atau chord guitar. Sekejap, aku nak kena masukkan keyword hidup seorang blogger kat perenggan ni. Okeh, dah masuk. Hidup Sebagai Seorang Blogger ..














     Ada satu benda yang membakar semangat aku untuk terus berblog iaitu jumlah visitor ke blog aku. Kalau nak cakap, total average tu takde lah sampai seribu nak lawan dengan blogger-blogger otai kat luar nun yang memang pegang prinsip hidup untuk berblog. Tapi cukup banyak lah bagi aku untuk update blog seminggu sekali dengan jumlah semua entry kat dalam blog ni tak sampai 50 pun. Cuma, memang ada certain-certain masa traffik blog nih meningkat sampai 3000 visitors sehari. Rasa macam kelakar pun ada juga tengok visitors ramai sangat (ramai ke?). Maka, itulah sedikit kisah hidup aku sebagai seorang blogger yang tak beberapa nak tegar. Tengok blogger-blogger lain update blog setiap hari merupakan satu perkara pelik tambah mengagumkan untuk aku. Berdasarkan pemerhatian aku kebanyakan blogger kat malaysia nih student. So tak hairanlah diorang punya banyak masa nak bercinta-cintun dengan blog. Memang hidup untuk blog diorang ni semua. Ada sesetengah tu siap cakap "My blog is my life".

No comments:

Post a Comment